Program Pendidikan
Laluan Pendidikan AKHTAR
Pilih program yang sesuai mengikut umur, tahap dan fokus pembelajaran anak. Jadual di bawah membantu ibu bapa membuat perbandingan dengan cepat.
Tahun 1-6
Sekolah Rendah Islam Integrasi
Laluan asas untuk Tahun 1 hingga 6 yang menggabungkan akademik, adab harian dan bimbingan Al-Quran.
Tingkatan 1-5
Sekolah Menengah Islam Integrasi
Laluan Tingkatan 1 hingga 5 yang menyeimbangkan akademik, sains, kepimpinan dan pembinaan sahsiah remaja.
Fokus Quran & Hadis
Tahfiz / Al-Quran / Hadis
Fokus bacaan, hafazan, adab Al-Quran dan penghayatan hadis melalui bimbingan guru secara konsisten.
Perbandingan Program
Program Mana Paling Sesuai Untuk Anak?
Gunakan ringkasan ini sebagai panduan awal. Untuk cadangan lebih tepat, hantar borang minat dan admin akan bantu semak.
| Program | Tahap | Fokus Utama | Sesuai Untuk | |
|---|---|---|---|---|
| Sekolah Rendah Islam Integrasi | Tahun 1-6 | Pengukuhan membaca, menulis dan mengira, Bimbingan ibadah dan adab harian, Aktiviti kelas yang mesra kanak-kanak | Anak yang perlukan asas akademik, adab harian dan rutin Al-Quran yang mesra kanak-kanak. | Detail |
| Sekolah Menengah Islam Integrasi | Tingkatan 1-5 | Akademik dan sains bersepadu, Bimbingan hala tuju remaja, Pembentukan kepimpinan dan disiplin | Remaja yang perlu keseimbangan akademik, disiplin, kepimpinan dan hala tuju diri. | Detail |
| Tahfiz / Al-Quran / Hadis | Fokus Quran & Hadis | Bacaan dan hafazan secara berperingkat, Adab bersama Al-Quran dan hadis, Pemantauan guru secara konsisten | Pelajar yang mahu fokus bacaan, hafazan, adab Al-Quran dan penghayatan hadis secara konsisten. | Detail |
